Wednesday, April 6, 2016

semalam yang membina hari ini

in the name of Allah
He's Most Merciful and Most Loving

setelah pulang ke Malaysia,
Allah telah memberikan saya begitu banyak permata indah
pengalaman pengalaman yang mendewasakan
membuat saya lebih berani dan matang..
saya kira saya berbeza dengan saya yang dahulu

sekali tu, untuk program usrah...
perlukan beberapa kereta
makanya saya kena ambil kereta tambahan (rush) di seremban
so saya bawa seorang adik untuk nanti dye bawa kereta saya (saga flx)
saya bawak rush dan adik tu bawak saga
balik ke rumah saya
masa tu pukul 12 mlm dan tiba-tiba hujan turun lebat
adik saya tu lost tak dpt follow saya...sampai dia sesat
bila call, dye tersadai tepi jalan sebab langgar bahu jalan...
alhamdulillah adik2 tu tak cedera.. itu yang paling penting
cuma tayar kereta pecah...so kena ganti
saya terpaksa patah balik n cari location adik tu..
pergi ke dia dan tengok kereta..
hujan waktu tu dan tengah malam dan kena tukar tayar kereta
dan hanya kami sahaja di situ
dan kami semua perempuan lemah lembut tiada daya...haha over
mula2 saya cuba untuk buat sendiri
walaupun lemah lembut tiada daya, harapan kan masih ada
so, usaha je la nak harapkan siapa..saya fikir
hujan da reda sikit...tapi segala peralatan tukar tayar terasa berat
akhirnya saya buat keputusan minta bantuan
saya pun pegi cari orang lelaki yang kije kat kedai makan yang agak jauh juga dari situ
orang laki (indonesian kot) tu boleh kata, "kami nggak tahu caranya"
sabar je la..tapi saya paksa, haha..
saya cakap, "kami perlukan tenaga... taktahu takpe saya bole beritahu caranya"
excuse me, sebab saya memang tahu..walopun x tahu sangat pun..haha
harapan sentiasa ada
bila da angkut laki dua orang tu guna rush, (tawakal saje mereka tu x bahaya)
balik ke kereta saga...didapati da ada polis ronda sedang menolong tukar tayar
masyaAllah bantuan Allah..
saya pun park...dan tgk je polis ramai2 tolong..
yang laki indonesian tadi, "kami pulang dulu.."
(actually they're escaping themselves from the policemen as they dont have pass)
alhamdulillah tayar siap berganti..
kami pun pulang ke rumah saya....
perasaan saya ketika itu? susah tapi tetap bahagia
Allahuakbar =)

lepas lepas tu ada dua tiga kes tayar pancit
yang saya kira Allah tarbiyyah saya sampai saya boleh tukar tayar sendiri ^^

saya diajar bersabar perihal duit juga
saya pernah isi minyak empat ringgit sahaja sebab duit tak cukup..
masa tu, minyak takde otw nak gi lab kat mjiit
tgk2 purse tertinggal...
minyak kena isi, so korekla seluruh kereta dan dpat kumpul empat ringgit dgn duit syiling bagai
sengih je kat kaunter pam, buat gaya selamba sangat mcm bawak motor
lepas isi minyak empat ringgit,
kereta tak boleh start..^^' ok satu persatu
sbab bateri kereta saya memang lemah sikit
so, saya kena jump kereta right on that moment
macam huru hara jugak satu tempat pam minyak tu
hehe
muka saya masa tu? biasa-biasa je..
da hilang rasa nak tebal muka...
perasaan saya ketika itu? susah tapi tetap bahagia
Allahuakbar =)

saya juga pernah tak cukup duit nak bayar duit tol
bukan tak buat kira-kira masa perjalanan...
tapi tak sangka tol tu mahal =] dan perjalanan tu luar biasa untuk ke umah makcik sedara
laluan yang jarang lalu..
so, masa tak cukup duit tu saya cakap kat makcik tol,
"saya tak cukup duit makcik (muka seposen)"
 makcik terkejut tak kata pape.
saya tanya "cemana ek makcik? memang tu je saya ada.."
masa tu tak cukup lagi berbelas ringgit juga..
makcik tanya, "ni nak pegi mana...?"
saya pun jawab, "saya nak pegi umah makcik saya? kenduri...
....nanti petang atau malam saya datang balik bawak duit boleh ke makcik?"
makcik pun ok je.. "oklah, makcik dahulukan duit makcik..
...nanti ingat datang tol ni."
saya pun, "saya ingat nama makcik inshaa Allah. terima kasih makcikkkkk"
dan sepanjang perjalanan ke rumah makcik sedara tu cuaca turut sebak
hehe..hujan luar kereta dan dalam kereta..nangis muhasabah diri
sesampai umah sedara, sume tanya kenapa lambat..
saya pendam pendam...last2 cakap dengan mama...
n petang tu kami pegi bayar semula pada makcik
makcik tu cakap, "sebab tgk dye ni teringat kat anak kita kann... kesiann.."
perasaan saya ketika itu? susah tapi tetap bahagia
Allahuakbar =)

selain duit
saya diajar bersabar oleh Allah dengan kerenah birokrasi Malaysia..
semasa di jepun, research saya susah sikit sebab sensei expect saya pandai
alhamdulillah grad
tapi bukan sebab pandai, sebab Allah tolong mudahkan birokrasi
boleh je grad takat result kenkyu (research)  camtu..
haha..so saya balik dengan sejuta muhasabah lagi...
sbab mmg selama ni saya rasa saya pandai kot..huhu
tapi Allah ajar, semua Dia yang bagi dan hanya milikNya
bila balik malaysia, saya nak mulakan perjalanan belajar yang baru
alhamdulillah sensei malaysia x expect saya pandai
satu persatu saya diguide sampai settle master saya
punyalah bersyukur gembira riang ria dpt sensei baik
saya nak grad on time seiring dengan kawan2 lain yang master di jepun
apakan daya, kerenah birokrasi...terbalik dengan jepun!
walau kenkyu siap on time, sensei baik, stillll... =]
ada viva, ada meeting JKTS, ada meeting senat,
ada meeting akademik..
maka orang lain dah konvo, saya masih belum viva
orang lain da balik malaysia dengan master, saya masih menanti2 surat senat
masa berlalu... duit biasiswa pun tamat
master tak settle lagi..
saya nekad cari kije.. ada la apply lecturre di beberapa tempat
(sebab tak yakin diri mampu jadi engineer dan tak berminat)
tapi x dpt pun..=) ada satu interview ni, sedih sangat sampai nangis2..
so, x dpt kije...saya pun tukar gear, mari sambung phd
alhamdulillah dpt tawaran phd,..
tapi takleh senang2 sambung phd kalau x dpt lagi surat senat master
kan dah cakap, karenah birokrasi
so, tunggu dan tunggu dalam keadaan takde income...
maka saya jual kek batik ^^ saya happy...nama kek batik tu ialah
"kek batik ke phd" (dalam usaha menampung belanja sementara tunggu biasiswa)
idea sorang kawan usrah..alhamdulillah ada la orang yang sama je beli kek batik saya
bole buat isi minyak travel ke usrah and balik kampung etc
perasaan saya ketika itu? susah tapi tetap bahagia
Allahuakbar =)

Ini Kek Batik ke PhD versi perisa greentea ^^" (permintaan khas kak Fazrina Aguilera)
ada lagi kisah kisah lain
nanti boleh cerita kalau ada masa lebih

ada juga kisah-kisah kena padukkan jodoh
mestilah ada...=D
tujuan besar bapak suruh balik malaysia ialah supaya temu jodoh di malaysia hehe
tapi haha..yang ini rahsia peribadi
selagi tidak jumpa yang saya yakin mampu kasihi kerana Allah
selagi tu saya memang memilih..
moga Allah pandu semua org untuk ditemukan jodoh dalam keadaan yang Dia paling redha...
perasaan saya? susah tapi tetap bahagia

lagi??
sekarang alhamdulillah
Allah telah membuka jalan..
saya dapat surat senat master bulan 1
saya dianugerahkan biasiswa ainudin wahid (hanya tiga orang dapat)
biasiswa agak mewah Allahuakbar moga Dia berkatkan...
dan saya daftar phd bulan 2 hari itu...
kini terasa seperti satu persatu jalan makin lapang

perasaan saya ketika ini?? susah tapi tetap bahagia juga... =)
kenapa susah? sebab saya mula rasa semakin lapang
kerana saya tahu nikmat juga ujian...
Allah telah melatih saya untuk bersabar di waktu susah
moga saya mampu bersabar diwaktu senang begini...
yang paling penting ialah?
iman dan keyakinan kita pada ketetapan Allah buat kita ^^
saya yakin semua orang juga melalui detik2 cuak yang sama sahaja...
yang membezakan ialah bagaimana iman masing2 bersuara =)

cerita ini saya coret
tidak lain dan tidak bukan
hanya untuk diri sendiri
supaya diri ini beringat
bahawa hakikat kehidupan ialah ujian
untuk kita hadapi dengan jiwa yang bahagia
supaya bole persembahkan pada Allah
bahawa betapa cinta dan rindunya kita pada Dia =')





Tuesday, July 7, 2015

ayyuhan nisa


kadang rasa macam wondering....
bila islam nak menang?
beriya kami cerita dalam segenap bulatan-bulatan kami
perihal iman yang akan menyelamatkan manusia
islam yang akan mendamaikan antara masyarakat
hukum-hukum Allah menjadi pegangan
syariat mewarnai kehidupan
hidup penuh tenang bawah redha Allah

bunga-bunga iman mengharum di setiap inci kehidupan...

dan boleh jadi,
iya nampak masyarakat macam makin baik,
iyelah bak kata orang tu "baju kurung pun da diganti jubah" (BOB)
dan kalau naik tren, daripada sepuluh orang mungkin,
kita akan jumpa seorang bertudung labuh..budak tarbiyyah
kalau dulu nak cari tudung labuh susah
sekarang da makin banyak jual
sebab makin banyak permintaan
statuts-status facebook berbunyi islamik
tweet pun unsur keimanan disitu

tapi sebenarnya
di satu sisi
kalau diperhati betul-betul
dalam-dalam
teliti lagi
umat ini parah
sangat.
...
...
terhenti menaip sekejap
sebab sedih sangat.

yang budak sekolah dengan anak luar nikah nya
yang golongan korporat dengan korupsi nya
yang ibu bapa gila dunia lupa nak didik anak nya
yang anak gila dunia jugak x tahu ada akhirat
buka tv, cerita yang langsung tidak mematangkan jiwa
boleh terima ke perempuan sanggup kawen dengan lelaki yang nak r*g*l dye
boleh terima ke perempuan sanggup kawen dengan lelaki sotong. eh betul ke ek camtu
buka radio, lagu-lagu memuja perempuan
buka apa lagi? intenet?
tak search apa-apa, pop-up muncul tayang benda yang kita pun terkejuttt sangat

saya sedih.
harus mengadu pada Allah
tahu.
hati juga mahu menulis di sini..


kalau dibongkar statistik budak tarbiyyah
sebenarnya ada satu yang kurang
yang lelaki jauh lebih sedikit daripada perempuan
kenapa statistik yang nak jadi baik tu selalunya perempuan lebih ramai?
kat universiti pun macam tu..
sudah tentu itu memang susunan Allah atas hikmahnya yang tertentu

maka saya pun rasa,
ntah berapa lama lagi yang orang lelaki nak tunggu supaya jadi baik..
orang lelaki dah pegi mana sebenarnya??
adakah ini agenda barat? iluminati? freemason? huh.

tapi lepas baca artikel ini(make sure baca sampai habis)
terus rasa macam harapan itu sentiasa ada

mari bercita-cita
melahirkan anak-anak lelaki yang sejati-jatinya dan bernilai untuk ummat
bukan sekadar pandai jamming
dengan pandai menyairkan ayat pick-up line depan perempuan aje
mari bercita-cita
menyediakan diri supaya dapat jadi ibu yang mampu mendidik anak lelaki terbaik untuk agama Allah
atau kalau memang mungkin tak mampu melahirkan,
mari bercita-cita mampu mendidik orang perempuan lain
supaya mereka pula yang mampu menjadi ibu yang terbaik itu


# ditulis dengan hati yang penuh sarat x larat tengok umat islam dihina sebegini.


Tuesday, March 24, 2015

Kelebihan Memahami Sirah dan Kaitannya dengan Seorang Murabbi

Setengah-setengah orang kata,

sejarah itu ibarat pentas bermain wayang.

Cerita-cerita lampau dihurai, dipanjang-panjangkan.

Bila tamat, diulang dan diulang, ulang kembali. Itulah sejarah..



-Petikan puisi nukilan Syed Naquib al-Attas-



Menurut Ibn Manzur dalam kitab Lisanul Arab, ‘Sirah dari segi bahasa bermaksud kebiasaan,  jalan,  cara  dan  tingkah  laku.  Manakala  dari  segi  istilah  pula,  Sirah  membawa maksud perincian hidup seseorang atau sejarah hidup seseorang. Para ulamapula bersepakat menyatakan as-Sirah an-Nabawiyah sebagai rakaman sejarah hidup Rasulullah SAW yang komprehensif. Menurut para ulama lagi, terdapat tiga tema utama yang diperbahaskan dalam Sirah, iaitu sejarah kehidupan Rasulullah SAW sejak lahir sampai wafatnya baginda, sejarah kehidupan   para   sahabat   yang   beriman   dan   berjihad   bersama   baginda,   dan   sejarah penyebaran cahaya Islam sejak dari turunnya wahyu pertaa Surah al-Alaq di Gua Hira’ sampai beribu-ribu umat manusia di Jazilah Arab memasuki Islam.
Melalui definisi dan perincian disebalik makna Sirah tersebut, sedikit sebanyak dapat difahami bahawa Sirah ini sangat rapat dalam kehidupan seorang muslim; Seorang muslim yang mendakwa al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidup mereka. Kerana hakikatnya ialah,  meneladani  sunnah  Rasulullah  SAW  adalah  mempelajari  dan  mengambil  iktibar daripada Sirah Rasulullah SAW, dan seterusnya menjadikan sunnah Rasulullah SAW sebagai panduan  hidup.  Individu  muslim yang  sebenar pastinya  mengambil  baginda  SAW  sebagai model dan mengikuti jejak langkah cara hidup baginda SAW. Begitulah peri pentingnya pelajaran dan pengajaran Sirah dalam diri seseorang individu muslim. Sesungguhnya, memahami Sirah banyak kelebihannya.
Bertitik tolak daripada teladan yang kita boleh ambil daripada sunnah Rasulullah

SAW, satu daripadanya ialah menjadi seorang murabbi. Murabbi ialah istilah bagi orang yang menjalankan proses tarbiyyah satu proses membentuk peribadi dan jiwa manusia, menjadi individu muslim yang benar-benar berpegang pada nilai-nilai islam dari segenap sudut dan cabang.  Seorang  murabbi  bertanggungjawab  mengawal  perkembangan  anak-anak tarbiyyahnya  (atau  digelar  mutarabbi)  dan  memastikan  regenerasi  kader-kader  dakwah. Dalam konteks ini, Rasulullah SAW merupakan murabbi teragung yang boleh kita contohi.

Dalilnya, Allah menyebut di dalam Surah al-Imran ayat 31, Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku(Muhammad), nescaya Allah mengashi kamu,. Oleh itu, seorang individu muslim yang yakin akan janji Allah akan benar-benar memilih jalanNya dan menyerahkan diri dalam dakwah dan tarbiyyah, menjadi murabbi dan membentuk indvidu muslim sebenar, persis apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW pada zaman baginda.
Berbalik   kepada   topik  perbincangan   awal   tadi,   memahami   Sirah   itu  banyak

kelebihannya. Apatah lagi bagi individu yang bergelar murabbi. Antara hikmah terpenting memahami   Sirah   ialah,   kita   dapat   mengetahui   banyak   asbabun   nuzul   (sebab-sebab penurunan) ayat-ayat Quran dan asbabun nuzul hadis-hadis Rasulullah SAW. Kita akan dapat mengaitkan waktu turunnya ayat dan perkaitan keadaan umat Islam semasa turunnya sesebuah ayat al-Quran itu. Justeru para murabbi, sebagai orang yang membina fikrah (pemikiran) islam dalam diri anak-anak binaannya (atau, mutarabbinya), akan lebih daripada selalu berkongsikan dan merujuk ayat-ayat al-Quran dan hadis. Oleh sebab itu, menjadi satu kredit bagi para murabbi untuk mengetahui dan memahami sebab-sebab penurunan dalil tersebut bagi menguatkan lagi hujah dan membina kefahaman yang jitu dalam diri anak-anak binaan mereka.
Selain itu, memahami Sirah dapat menjadi motivasi bagi para murabbi melalui pemahaman tehadap manhaj (maksudnya, jalan atau cara-cara) perjuangan Rasulullah SAW. Para  murabbi  memikul  tanggungjawab  yang  sangat  berat  iaitu  melaksanakan  sunnah Rasulullah SAW yang terbesar apabila mereka melaksanakan tarbiyyah. Para murabbi berdakwah, dan para murabbi melaksanakan proses tarbiyyah. Inilah Sunnah Rasulullah SAW. Jika tidak kerana proses dakwah dan tarbiyyah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW dahulu, umat Islam pada hari ini tidak akan dapat mencapai nikmat hidayah Islam. Oleh itu, dalam menulusuri manhaj yang juga pernah dilalui Rasulullah SAW ini, kefahaman dalam bidang Sirah merupakan elemen terpenting bagi seorang murabbi. Kefahaman Sirah membuatkan para murabbi menyedari peri pentingnya tanggungjwab mereka menyambung baton tugas Rasulullah SAW dalam menyampaikan Islam pada manusia khususnya pada mutarabbi mereka. Seperti firman Allah dalam Surah al-Baqarah pula dalam ayat ke-143 yang bermaksud, Dan demikian Kami menjadikan kamu, umat pertengahan agar kamu menjad saksi atas manusia dan agar Rasulullah menjadi saksi atas kamu. Bermotivasikan manhaj hidup  Rasulullah  SAW,  para  murabbi  akan  menguatkan  lagi  hujah  mereka  melaksanakan proses  tarbiyyah, iaitu untuk melaksanakan tuntutan  umat pertengahan. Agar Rasulullah SAW menjadi saksi atas perbuatan mereka, sehingga para murabbi merasakan usaha mereka itu tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan jalan yang dilalui Rasulullah SAW.

Antara motivasi lain yang dapat diambil daripada Sirah ialah kisah tentera bergajah

Abrahah.

Aku kagum padamu. Kamu ke sini hanya kerana 200 ekor unta itu. Walhal tempat ibadahmu akan dihancurkan, dan kamu hanya minta unta-unta kamu dikembalikan, kata Abrahah.
Unta-unta ini milik saya, sedangkan Kaabah milik Allah. Allah akan menjaganya,

balas Abdul Muttalib, ketua penduduk Mekah ketika itu. Tiada daya dia mengerahkan tentera untuk mempertahankankan Kaabah ketika Abrahah sudahpun mempersiapkan tentera bergajahnya. Lalu, Allah menghantarkan tentera khasNya; Burung-burung ababil yang menjatuhkan batu-batu sijjil untuk menghapuskan tentera bergajah Abrahah demi melindungi Kaabah. Kisah ini berlaku pada tahun yang sama dengan kelahiran Rasulullah SAW. Oleh sebab itu, tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW dipanggil Tahun Gajah, kerana dinamakan bersempena pasukan tentera bergajah Abrahah yang telah ditewaskan oleh tentera-tentera Allah. Kisah ini ada diceritakan dalam al-Quran dalam surah yang diberi nama Al-Fiil. Ia merupakan satu daripada kisah-kisah yang boleh kita singkap daripada Sirah. Di sebalik kisah ini, dapat kita fahami bahawa apabila sudah tiada lagi manusia yang mampu menyelamatkan agamaNya, Allah akan ganti dan turunkan tenteraNya sendiri dengan kuasaNya. Begitulah bagaimana para murabbi yang juga merupakan daie itu dapat mengambil ibrah daripada satu daripada sedutan kisah yang diceritakan dalam Sirah Nabi. Hakikatnya, Allah langsung tidak perlukan sesiapa untuk menolong agamaNya. Bahkan, para murabbi yang berjanji menjadi penolong agama Allah inilah yang memerlukan kepada Allah. MasyaAllah.
Di  samping  menjadi  motivasi  dalam  pelaksanaan  dakwah  dan  tarbiyyah,  para

murabbi juga dapat meneladani siri perjuangan Rasulullah SAW dalam menyebarkan risalah Islam. Setiap tindak-tanduk baginda menjadi hikmah untuk dijadikan panduan buat para murabbi dalam membina mutarabbi dan membawa mereka kepada Allah. Sebagai contoh, dakwah Rasulullah SAW yang dilaksanakan secara sirr (rahsia) selama tiga tahun di peringkat awal kedatangan Islam iaitu semasa di zaman Makkah. Dakwah pada peringkat awal dilaksanakan secara rahsia demi melindungi pendokong awal yang memeluk Islam dan demi membina mereka dengan kefahaman yang benar-benar kuat sebagai menghadapi sebarang ancaman yang bakal berlaku apabila dakwah mula dijahrkan nanti. (jahr : terang-terangan) Bagaimana penekanan Rasulullah SAW terhadap pembentukan diri khususnya jiwa dan aqidah umat  Islam  ketika  zaman  Makkah,  menjadi  penanda  aras  kepada  para  murabbi  untuk memberi penekanan terhadap kefahaman aqidah Islam yang mendalam sebelum kefahaman cabang-cabang syariat Islam yang lain. Seterusnya, bagaimana Allah menyucikan aqidah orang

yang beriman dalam setiap teguranNya dalam surah-surah yang diturunan semasa zaman Madinah, menjadi pedoman buat para murabbi dalam menguat dan memperdalamkan lagi kefahaman aqidah mutarabbi mereka.
Para  murabbi  yang  mempelajari  sirah  Rasulullah dan  memahaminya,  akan  dapat

mengenalpasti dan mengambil ibrah daripada satu-satunya jalan kemenangan Islam; Iaitu, jalan dakwah dan tarbiyyah. Hal ini kerana, melalui jalan dakwah dan tarbiyyah ini sahajalah, Islam akan bangkit satu masa nanti dengan izin Allah. Sirah Rasulullah SAW dan para sahabat telah menunjukkan buktinya. Dengan jalan yang turut dilalui oleh para sahabat inilah, satu impian agung bakal tercapai. Islam pernah menjadi world order satu ketika dahulu. Oleh yang demikian, setiap daripada tindak tanduk dan strategi para murabbi dalam proses dakwahnya  atau  dalam  proses  mentarbiyyah  para  mutarabbinya,  mereka  akan  tidak  lari sedikit pun daripada manhaj yang sama dengan manhaj Rasulullah SAW dan para sahabat juga tabiin. Satu contoh yang  mudah ialah, Sistem Syura untuk mencari satu kata putus yang diamalkan oleh Rasululah SAW. Rasulullah SAW mendengar pendapat semua pihak yang bersuara  sebelum  membuat  sesuatu  keputusan.  Hal  ini  menjadi  pengajaran  buat  para murabbi untuk menjadi pendengar yang baik dan mengamalkan syura semasa menentukan sesuatu amal, samada dalam usrah mereka untuk mutarabbi ataupun syura sesame mereka para murabbi. Oleh itu, benarlah bahwa pemahaman terhadap Sirah Nabawiyyah ini akan menjadi panduan buat para murabbi untuk bekerja dengan lebih muntij (efektif) dalam gerak kerjanya membina anak-anak binaannya.
Apabila mendalami siri peperangan yang dihadapi umat Islam sejak zaman Rasulullah, para murabbi akan dapat mengambil iktibar daripada sebab-sebab kejayaan atau kegagalan sesebuah peperangan itu. Perang Badar, contohnya. Dengan bilangan yang sangat sedikit, bernisbahkan lebih kurang 1:3 dengan orang musyrikin Makkah, umat Islam secara logiknya akan mengalami kesukaran dalam berperang. Walaubagaimanapun, Sirah telah membuktikan kekuatan  nashrullah (bantuan  daripada  Allah)  buat  mereka  para  pendokong  Islam  yang benar-benar ikhlas menolong agamaNya. Faktor kejayaan mereka ialah kekuatan hati yang berpegang hanya kepada Allah. Hanya kepada Allah. Sebaliknya, Perang Uhud. Pasukan pemanah yang telah diarahkan agar tidak berganjak daripada tempat mereka walau dalam apa jua keadaan, namun telah turun merebut harta kerana merasakan mereka telah menang. Goyahnya iman mereka apabila diuji dengan harta sehingga melupakan arahan ketua, menjadi pedoman buat para murabbi agar tidak terpengaruh dengan sebarang nikmat dan kesenangan duniawi yang sementara. Para murabbi seharusnya sentiasa memperbetulkan niat mereka melaksanakan  kerja-kerja  pembinaan  jiwa  manusia  ini.  Bukan  kerana  harta,  apatah  lagi

mengejar nama. Tetapi hanya kerana Allah.

Sebagai kesimpulan, pemahaman Sirah yang benar sesungguhnya akan membuatkan para murabbi merasakan diri mereka seakan-akan hidup bersama Rasulullah SAW dan para sahabat. Hal ini demikian disebabkan oleh, seperti yang disebutkan dalam perenggan sebelum ini, para murabbi itu dalam segenap inci hidupnya, mereka sedang melalui liku jalan yang sama dengan Rasulullah SAW. Apabila mereka melaksanakan dakwah dan tarbiyyah, mereka akan dapat merasakan seolah-olah benar-benar menjalani keperitan dan ujian yang sama yang  dihadapi  Rasullah  SAW.  Kerana  apa  yang  dapat  dipelajari  daripada  Sirah  ialah, musuh-musuh Islam para pendokong taghut itu akan sentiasa memerangi Islam. Mereka akan wujud dalam apa jua bentuk dan keadaan. Oleh sebab itu, memahami Sirah akan mendalamkan lagi kefahahaman para murabbi dalam selok-belok perjuangan mereka menentang taghut, dan dalam membina jati diri mutarabbi mereka agar mempunyai iman yang kuat untuk menghadapi sebarang ancaman. Beginilah bagaimana setiap bahagian kehidupan Rasululullah SAW itu dapat dirasakan dekat dengan para murabbi sehingga dirasakan sendiri ibarat mereka hidup di zaman Rasulullah SAW. Sesungguhnya, para murabbi itu, apabila mereka benar-benar menupukan seluruh tanaga dan kehidupan mereka untuk melunaskan tanggungjawab dakwah dan tarbiyyah ini sahajalah, baharu mereka akan merasakan sunnatullah yang sama yang dihaadapi Rasulullah SAW dan para pejuang Islam. Dengan itu, akan lahirlah kader-kader dakwah yang benar-benar ampuh hasil kerja para murabbi yang faham akan Sirah dan Sunnah terbesar Rasulullah SAW ini. Kerana, Sirah itu adalah  bahagian  sejarah  yang  diulang-ulang  atas  pentas  dunia.  Dan  Islam  akan  tertegak dengan izin Allah satu masa nanti, hasil daripada tangan-tangan penolong agamaNya iaitu mereka yang digelar murabbi.


Kalau begitu takkanlah mustahil

untuk giliran Islam pula yang mendatang. Tamadun kita yang lama dulu.
Yang indah gemilang.

Kembali segar bugar.

Hidup di dunia yang luas.



-Sambungan petikan puisi nukilan Syed Naquib al-Attas-



Siti.Ruhliah.Lizarose.Binti.Samion_0539_03102013

Ini merupakan esei denda dari ex-murabbi saya. Rindu desu.