Wednesday, June 26, 2013

pakcik ada nak cari menantu tak?

bismilllah wa alhamdlillah
assalamualaikum wa rahmatullah^^

 sepertinya kurang sopankah soalan saya ni ek?

'pakcik ni ada nak cari menantu tak agaknya ek?'

ok. 
ia hanyalah persoalan yang tetiba muncul dalam benak saya 
selepas selesai dengar satu talk ni.
(note that! SELEPAS ok=)

saya suka nak buat review talk ni.
Tajuknya ialah...
[ Islamization of Contemporary Knowledge 
and Role of University in Context of De-westernization & Decolonization ]
...disampaikan oleh seorang professor
professor ni pernah jadi pembantu Syed Muhammad Naquib al-Attas...
Sape plak Naquib al-Attas ni?
Beliau merupakan salah seorang philosopher islam..
So...boleh lah baca lebih detailed kat wikipedia ini ye...=D



Bismillah
Point utama yang diketengahkan dalam talk ini ialah...

There should be no longer pengkolonisasi dan pembaratan dalam ilmu. 
Ilmu bukan milik Sang Barat. Dan bukan Barat yang tentukan level kemajuan kita semua. 
Sudah-sudahlah men-sekularkan pemikiran kami ni bahawa ilmu itu pengetahuan..camtu.
Allah pun pernah sebut..'Allamal insaan na ma lam ya'lam dalam Surah 'Alaq ayat 5
Ilmu sesungguhnya hadiah dari Tuhan. Yang mengeluarkan manusia dari gelap ke terang.
Bila seseorang ada ilmu, dia sepatutnya menjadi insan yang berguna lagi beradab.
Tapi, nyata sampai sekarang...hasil daripada imperialisme Barat, 
lepasan universiti (atau institusi yang sewaktu dengannya)...
semuanya hanya mengejar materi dan kesenangan diri...
nak kerja best. nak kawen. nak pegi haji. opsss..
Self-centered dan penuh ego lagi taksub dengan kegembiraan duniawi yang sementara... 
Di sini, beliau mencadang bahawa (appoint that) pendidikan di institusi pengajian tinggi penting dalam menghasilkan insan adabi (insan yang beradab lah maksudnya)...
Atau ayat lebih mudah...lebih mudah untuk kita didik budak universiti untuk beradab sebab mereka dah dewasa dan boleh berfikiran matang kreatif lag inovatif yeah...=D
Ok dapat?

Ok. Ok. dan ok.
Selepas habis talk utama. 
Ada seorang prof yang dijemput dari Turki ni...
Beliau dihadirkan untuk menyampaikan 'The Insight of.....(paper prof yang atas tadi tu)'
Macam review@kritikan@sokongan lah gitu kot...
Antara isi beliau ini pulak ialah...

 Taraaa~ Nota yang sempat disalin time tu...


Nah. Saya ringkaskan seperti dalam gambar atas.
Beliau (Prof from Turki ni) cuba menyuluh lagi susur galur laluan dalam pendidikan..
Sejak pertama kali buka mata lagi...
Manusia mula dibentangkan dengan ilmu kehidupan (makan, tidur etc..)
Lepas besar sikit...
Manusia diperkenalkan dengan ilmu dunia (atau pada saya kite anggap macam ilmu asas untuk hidup di dunia...cth : cara makan yang betul, cara tidur yang terbagus...etc) 
Kemudian...sedikit demi sedikit..
Manusia diajar ilmu-ilmu lain...(cth : ilmu hisab, ilmu falak..err...etc etc)
Bila da tinggi sikit..panjang sikit aqal orang kata...
Manusia mula la kenal minat dia kat mana dan belajar apa yang dia suka..
Sammmmpailah ke tua dan seterusnya..
Dalam apa jua bidang manusia kerja....
Manusia takkan berhenti belajar hingga ke liang lahad. Allahua'lam

Make sense, huh? InsyaAllah...
Berkait la sikitttt dengan apa yang dikatakan oleh prof atas tadi tu kan...
Part higher education tu....
Chop! Belum habis. 
Persoalan penting ialah...
Di tahap mana kita dan apa yang kita belajar waktu itu...
Nampak tak dalam gambar atas tu. worldview --> Islam.
Sesungguhnya, 'bamboo is best shaped when its shoot is young'...haha.terjemah sendiri!
Prof ni sebenarnya nak jelassskan pada semua yang hadir..
Bahawa ajaran tentang adab, akhlak, sifat2 mahmudah semua tu...
Sesungguhnya perlu didedahkan sedari awal lagi...
Mana nak dapat ajaran itu?
Oh. Sudah tentulah al-Quran sayangggg =D
Prof tu bagi contoh2 ulama' hebat Islam seperti Ibnu Sina dan al-Khawarizmi yang mengasaskan algebra tu...
Mereka yang hebat ini, bukan ibu dye buat latihan matematik time mengandung okeh!
Mereka dididik dengan al-Quran. Dan zaman kecik mereka bukan dilatih buat SUDOKU!
Mereka menghafaz al-Quran! Mereka belajar al-Quran dahulu!
Sebab dengan Al-Quran lah...segala yang kabur jadi jelas, segala yang gelap jadi terang..
Maka sebelum belajar perkara lain akan datang, afdhal-lah dipelajari al-Quran...
Tak caya...baca ni...

"Wahai manusia! 
Sungguh, telah datang kepadamu pelajaran (al-Quran) dari Tuhanmu, 
penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada, 
dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.
...Hendaklah dengan itu mereka bergembira...."
:: Surah Yunus 10 : Ayat 57-58 ::

Gembira kan? Islam agama kita. Al-Quran kita ada. 
Tu haa dalam almari...opssss T_T 
Yang ini prof tu tak kata. 
Saya yang tambah untuk sedarkan diri sendiri yang semangat buat research ilmu engineering...tapi, tak habis hafaz Quran T_T

Prof ni komen, tidak salah menekankan pembinaan insan adabi di peringkat institusi tinggi....sebab apabila individu2 yang beradab ini dah ada anak nanti, dia akan mendidik dan melahirkan genarasi yang lebih  baik lagi satu masa nanti...insyaAllah.

Cerita seterusnya... 
Seperti biasa, talk macam ini ada moderator-nya.
Ala-ala pengacara yang bole memberi komen la.
Pakcik pengacara ini juga orang hebat insyaAllah.
Sebelum beliau berada dalam institusi pendidikan, beliau berada dalam industri...
Beliau berkongsi...
"Saya melihat produk yang keluar daripada institusi pengajian tinggi ini. Dan hasilnya #&%$!*(#% faham-fahamlah..." haaa camtu.
Kebanyakan graduan rupanya masuk universiti sebab nak cari kerja.
Kan saya kata tadi. Nak kije nak dapat duit nak kawen nak pegi haji. =O
Tambahan lagi, apa yang pakcik moderator ni nampak ialah..

Selepas beliau masuk institusi pendidikan...beliau merasakan...
Institusi pendidikan tinggi ini tidak jauh bezanya dari sebuah business corporation..
Pelajar dianggap sebagai consumer, and costumer...
You nak A? You bayar laa...dgn senyuman lebih manis sikit ke.....
err lebih kurang camtu lah kot. Allahua'lam...
Maka, tidak ter-lahirlah insan adabi seperti yang dibincangkan prof atas tadi tu...
(Asek-asek prof atas..baiklah saya kenalkan, nama beliau ialah Prof Dr Wan Mohd Nor)
Heheee...
Pakcik moderator ni siap bagi persoalan ala-ala things to ponder gitu...
Beliau kata..the mosque should be a FACULTY, not just as service centre
Nampak kan? Peranan Islam sebagai cara hidup dan solusi semua perkara...
Bukan sebagai tempat solat sahaja...tapi boleh jadi tempat membina manusia...
Dann...err...dan....
Di saat inilah saya terfikir..'Agak-agaknya pakcik ni tengah cari menantu tak ek?' =|
############ INTERMISSION #########

Dah. 
Sekarang tutup mata sepuluh minit. Tarik nafas dalam-dalam. 
Dan lepas.

Ok. 
Itulah antara yang saya cerna daripada talk tadi.
Baru je tadi. Ni tak sabar nak share. =)
Saya sangat adore pakcik moderator la sebenarnya.
Rasa macam kalau jadi menantu dia, 
bole dengar dia cerita pasal ilmu dan pembinaan manusia hari-hari...
Oh bole camtu eh..
Entah, saya memang suka dengar dan belajar dan buat nota dan highlight isi penting..
Oh tak lupa. Dan saya suka share and be shared...insyaAllah 

Talk macam ni bagi semangat pada saya.
Harap pada kawan-kawan yang macam saya juga...
Bila kita buat research...tak kisahlah bidang apa sekalipun...
Kita sedang mencari redha Allah...
Kita sedang bekerja untuk Allah demi manusia..
Bak kata cogankata UTM..'In the name of God for Mankind'
okeh ter-promote plak.
Kita bukan cari ilmu semata-mata nakkan dapat title Dr.!
Bukan nak gaji. Tapi nak masuk syuuuuuuuuurgaaa insyaAllah =)

Ok nak jerit.
がんばりましょう!!!

Sekian. Maaf kalau ada bahasa kasar =)
Wasalam wa astaghfirullah.
~lalala...


1 comment: