Wednesday, July 24, 2013

antara sana dan sini...ketaqwaan juga yang Allah uji...

bismillah wa alhamdulillah

Allahuma bariklana fi Ramadhan...
Allahuma bariklana fi Ramadhan...
Allahuma balighna Lailatulqadr...

Di pertengahan Ramadhan ini....
Aku cuba lontar pandangan...
Aku lihat...yang di sana...
Aku cuba menyelami rasa......


***************************************************


#Syria.
rakyat telah tertindas selama lebih 40 tahun.
revolusi kebangkitan rakyat sampai kemuncak bila ada kanak-kanak conteng kat dinding perihal menjatuhkan kerajaan zalim.
padahalnya komposisi rakyat ialah 6% syiah alawiyah, 10% kristian, 84% muslim
paling ramai muslim.
tapi, pemimpin mereka syiah....si Bashar Assad satu daripadanya...
siap suruh orang mengucap dengan nama dia lagi, sujud pada gambar dia bagai....
bagai Firaun lagaknya.
syaitan semasa disuruh sujud pada Adam, hanya sombong sebab perasan lagi mulia
tapi syaitan tak pernah mengaku tuhan kottt...nauzubillah hi min zalik

#Selatan.Thailand.
di Narathiwat, di Pattani, di Songkhla...dan lain-lain daerah...
ya, berita penindasan sudah disenyapkan. tak keluar tv dah...
tapi hello,...sampai sekarang ada sahaja kes kematian orang islam di sana
ditindas, secara sosial apatah lagi ekonomi...
kononnya kerana mereka ni tak berbahasa Thailand (sebab mereka guna bahasa melayu)
kalau ada guru agama atau tokoh hebat sikit je...ditangkap!
dibunuh. yang ditangkap terus hilang tak tinggal kesan. disenyapkan.
lalu si pemimpin sibuk kata ini isu etnik. bukan agama atau apa.
oh hello...(lagi sekali) di mana fitrah manusia dia hilang...?
perikemanusiaan tu da jadi bahasa sanskrit ke camna?

#Palestin.
yang ini tak payah cerita. semua orang tahu. semua orang tompang kesian.
ada yang siap tutup mata separuh tak sanggup tgk darah sana sini kalau gambar masuk facebook...
tapi esok lusa..."nak Chicken McDeluxe-lah rasanya"
lebih 80 tahun tanah mereka diceroboh si Yahudi. Diletaknya nama Israel sesuka hati.
Tapi yang pelik, dalam 80 tahun...tak habis punnn orang palestin dalam tu..
sentiasa ada..lahir generasi baru...bagaikan misteri!
cukup untuk menjadi bukti tanah suci itu..milik Yang Haq! milik Ilahi! milik kami!
well...cerita palestin sahaja da bole buat post lain sebab panjang sangatttt rasanya...

#Mesir.
ingat dah boleh bernafas lega dengan turunnya Hosni Mubarak.
Tak sampai dua tahun Morsi memimpin.
cuba mengembalikan jiwa Mesir yang hilang...
dye rampas balik heyy! dye komplot sama tentera... 
tentera berpihak pada yang durjana....
tentera berpaling tadah daripada presiden???
sejak bila tentera bole berpolitik ek?
tapi yang benar tetap benar...
sampai sekarang mereka masih kuat cuba protes...

#Turki.
pemimpin alhamdulillah dan insyaAllah penegak kebenaran.
dia buka tangan lebar bila Morsi naik waktu itu.
tapi...sebahagian rakyat ada yang mula memberontak...
sebab kian lama, amalan jahiliyah mereka kian dikongkong.
air syaitan tak dibenarkan jual sekitar beberapa meter sekeliling masjid.
air syaitan hanya dijual pada waktu tertentu.
Nasiblah tentera Turki pro-pemimpin. Bukan macam negara atas ni. (ehemmm Mesir)


********************************************

Itu kisah yang di sana...
Satu-satu Allah uji...
Seorang demi seorang juga yang syahid...
Lalu aku alih pandangan..
Yang di sini pula aku amati...



#Malaysia. 
gempar dengan berita anak kecil meninggal kerana kecuaian ibunya. nauzubillah hi min zalik.
kecoh juga dengan isu penghinaan agama. saban hari ada sahaja berita hina agama ni rasanya..
dan terbaru. kanak-kanak yang tak baligh lagi tu pun jadi kes. disuruh makan dalam tandas.

Ya, ada lagi...
Tapi aku...tidak sanggup tulis lagi...
Isu Malaysia isu kecil!
Kalau dibanding dengan saudara seislam yang di sana.
 Ibarat isu kasut koyak je. 
Walhal isu saudara kat sana, ada yang hilang kaki! Kasut pun tak berpeluang pakai.
Anak yang Allah beri...tergadai nyawa kerana urusan dunia..
Tapi yang di sana, anak-anak ditatang jadi mujahid..
Yang di sana, anak-anak mati untuk agama!!!

Ampunkanlah kami ya Allah...
Ampunkan kami...
 Kau telah kata,

"Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya,"
- Surah al-Baqarah 2:286 - 

aku tahu Kau tahu wahai Allah...
aku tahu Kau tahu kami tidak layak dengan beban seperti mereka yang di sana...

Begitu tinggi martabat mereka...
Darah dan nyawa taruhan mereka...
Ujian kami hanya nafsu semata...
Dan kami larut ditipu nikmat dunia...

Kami fikir kami selamat...
Kami fikir kami dah cukup kuat...
Kami tak sedar kami dilanda masalah umat...
Al-Quran pedoman yang Kau hadiahi...kami simpan sahaja cermat-cermat...
Majlis Khatam al-Quran baru nak baca terkulat-kulat...
Solat kami ibarat adat...
Yang terawih dipulun 20 rakaat...
Walhal qiamulail itu menjanjikan hati kuat...

Kami fikir kami selamat...
Kami fikir kami dah cukup buat...
Bila ada yang hina agama kami, kami dah lawan sampai lumat...
Kami dah tunjuk kami sayang agama ni sangat-sangat...

Kami tak habis bersangka..
Kami tak habis leka...
T_T

Seandainya Rasulullah SAW ada...teringin rasanya mengadu semua pada Baginda...
Bila aku lihat sana dan sini umat menderita...
Makin menjadi rinduku pada syurga...
Tapi aku kan tetap juga bekerja!
Selagi nyawa aku ada...

Wasalam. Wallahua'lam.

Agaknya kita amek hukum yang mana kita suka je takk? 
 "Wahai orang-orang yang beriman, 
masuklah kamu ke dalam Islam secara kesuluruhan"
- Surah al-Baqarah 2:208 -

Mariiiii~ Kita cari identiti kita yang sebenar~~~ 
Islamlah identiti kita~~~!! \(^^)/

No comments:

Post a Comment