Friday, September 27, 2013

if you cant give them answer. confuse them. you yourself shouldnt get confuse.

السلام عليكم ورحمة الله 💐

post ini ditulis guna iphone dalam tren
sejurus habis kelas ustaz.
kelas bertajuk "philosophy of science and civilization"
ustaz banyak cerita.
itu yang seronok! 

"Kat sini ada agama lain?"
    "Ada"
"Ok, cuba yang Hindu cerita... Apa sumbangan agama kamu pada sains?"
    "Ada!" Sorang pelajar jawab. Tapi lepastu senyap tak jumpa jawapan.
"Ok lah. Apa pulak kamu rasa sumbangan sains pada agama kamu?"
     Diam. Buntu takde idea.

Ustaz cerita dia pernah tanya soalan camtu, dalam satu kelas dia sebelum ni.
Dan penganut agama lain pun bila ditanya, tak dapat jawab...

Lalu ustaz tanya sorang pelajar dalam kelas kami hari ini.

"Ok cuba kamu yang sana. Apa agama kamu?"
   "Islam"
"Ha...terangkan pada ustaz apa sumbangan Islam dalam sains?"
   "...*krik* *krik* tak dapat pikir la ustaz"
"Eh! Camane ni? Sama saja kah macam cerita tadi tu?"
   "..."

Di satu sudut yang lain, sorang pelajar dah hayun tangan ke udara. Tak sabar nak jawab soalan ustaz. Dia tahu jawapan soalan ustaz. Dia tahu banyakkk sumbangan Islam pada sains, dan begitu juga sebaliknya. Semangat dia nak jawab gaya ala-ala Hermione dalam cerita Harry Potter tu. 

"Ha kamu."
   Dan pelajar tadi pun jawab, "Penciptaan manusia. Islam terangkan dalam al-Quran. Manusia terhasil daripada mani sampai janin. Itu sumbangan wahyu daripada Islam kepada Sains"
"Sistem cakerawala. Bulan dan bintang sebagai petunjuk jalan para pelayar. Kemudian, kajian sains jadi tanda yang membenarkan lagi ketulusan Islam"

***intermission***

Dan pelajar tadi termenung...

Masih ada. 
Masih ramai lagi manusia yang alpa.
Tidak cakna isi al-Quran.
Tidak tahu nilai Islam. 
Agama dan cara hidup yang mereka canangkan dalam IC.
T_T
Sesungguhnya...
Masih banyak lagi kerja.

Allahua'lam
Astaghfirullah

Wednesday, September 18, 2013

splash!

"bismillah hirrohman nirrohim. Nama akak Sofea. Sekarang berniaga sendiri."
    
      "akak, akak, status? hehe"

"haa..status akak,,,,L.O.A.D.I.N.G! wuhuhu"
    
Dan semua pecah gelak dengar jenaka kakak yang comel itu.

dengan nama Allah
dengan izin Allah...
mari kita bersambung cerita...

minggu lepas ada camping-camping cinta
tempatnya rahsia ahlinya rahsia
sebab......memang dirahsiakan~

"Terus bergerak! Diri tegak. Jangan berhenti! Pandang depann!" kata fasi.
    
       'Lia, you can do it. You can. You can.' sebut dalam hati.

Seminit kemudian, splash! splash! Saya selamat tercebur dalam air. Hampa. Tapi terus bergerak ke obstacle yang lain. Lepas, lepas dan lepas. Alhamdulillah.