Wednesday, January 29, 2014

firm and tight and strong and strict and stand and and and...

bismillah
Allah Most Loving
Allah Most Merciful
Allah Most Beautiful

"Awak, saya nak tanya...tak lapar ke puasa ni? Sampai malam awak tak makan..."
---> Allah suruh saya puasa

"Pastu,..macam panas je pakai tudung tu?"
---> Allah suruh saya pakai tudung

"Tak leceh ke kena tanya2 ingredient makanan?"
---> Allah suruh saya makan yang halal sahaja

"Nape takleh makan babi, sedap tau! babi comel warna pink lagi!"
---> Allah kata babi haram

"Nape pakai yang besar2 camni...nampak gemuk tau tak?"
---> Allah suruh saya tutup aurat dengan sempurna

"Tak payah la pakai handsock tu...kan dah panjang lengan tu?"
---> Allah suruh saya jaga aurat dengan sempurna

"Nape awak solat 5 kali?"
---> Allah suruh

"Nape awak takleh minum arak?"
---> Allah suruh

"Nape awak takde boyfriend? Rugi tau."
 ---> Allah suruh

"Cuba rasa sikit je arak ni...Tuhan awak kat Malaysia laa..."
 ---> Allah tak terbatas pengetahuanNya, saya takut Allah

"Islam ni ishhh saya rasa susah lah... saya susah nak masuk Islam ={ "
---> Islam sahajalah agama yang Allah redha



tersebut adalah antara persoalan yang pernah ditanya orang Jepun
dan saya jamin 99%
tak terkecuali sebenarnya orang islam sendiri boleh terkeluar persoalan yang sama

duk explain, solat bagus ada darah masuk ke otak
puasa dapat rehatkan perut sebulan setelah 11 bulan lain kena proses makanan
jaga aurat dapat lindung maruah wanita okehhh
apa lagi? 
oh, arak tak baik untuk kesihatan.
(btw, antara sebab orang jepun maintain slim walau lepas melahirkan anak, 
ialah sbab minum arak
dengan arak mereka dapat panaskan dalaman badan..baik untuk ibu lepas bersalin)

perjuangan kita cari HIKMAH beribadat lebih besar daripada SEBAB kita beribadat
sedih.

walhal,
"...Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu..."
== 2:185 ==

tidak yakinkah kita dengan Allah yang telah menghidupkan kita dan langit?
langit lagi hebat penciptaanya banding dengan kita ni T_T

== 79 :27 ==

when we start to FIRM-ly BELIEVE that

Allah is the only reason 
why we do this and dont do that,,,

maka mungkin lebih daripada 1001 hikmah daripada amal kita itu 
akan Allah limpahkan ibarat cokolat mencurah ke ladang gandum ^___^
Allah kan Sweet dan Caring =)

Wallahua'lam
Wa astaghfirullah ...

psst psst : doakan saya dan kita semua dapat habiskan hafazan >.<

Saturday, January 4, 2014

tarik nafas dalam-dalam

bismillah
Malik sekelian alam

10 bulan yang lalu
menyaksikan diri ini menumpahkan air mata 
di hujung tempat duduk dalam sebuah kedai kopi di jepun
ada iza. ada kak naqibah kat situ.
saya takut balik malaysia.
saya takut untuk balik ke tempat saya mula-mula kenal 'dunia'
dan,
saya sayang nak tinggalkan jepun.
jepun tempat saya kenal sebuah 'jalan' yang sangat indah.
jalan para Rasul dan pejuang Islam

"nanti sapa nak jaga saya?" (bunyi macam pegi mana je, padahal balik malaysia jr)
"nanti, akhwat kat malaysia garang >.<"
saya takut terputus tarbiyyah.
saya takut akhwat garang.

-.-

tarik nafas dalam-dalam
istighfar.

kini hari ini.
saya kat malaysia skarang.
alhamdulillah masih diberi hidayah.
bekerja dengan akhwat malaysia.
yang bukanlah garang. tapi, mereka matang.
saya pun dah matang skit dah. (rasanya=P)

 tarik nafas dalam-dalam
istighfar.

takut takut takut
perasaan yang ada 10 bulan lalu
dan masih berbaki lagi kini
sungguhpun begitu
seribu kali takut pun, takkan bawak kita kemana...

lalu saya buang takut jauh-jauh

tarik nafas dalam-dalam
istighfar

gantikan takut dengan 'tumuhat'
(tumuhat=obsesi, tamak yang positif) 
saya belajar untuk menjelaskan tumuhat diri
dan kuatkan semangat membesarkan kapasiti hati

moga dengan tumuhat ini

tarik nafas dalam-dalam.
istighfar.

hari-hari esok saya tetap dipandu dengan tarbiyyah Allah.
moga Dia redha.

tarik nafas dalam-dalam
istighfar.