Wednesday, September 24, 2014

li maa yuhyiikum


Pohon-pohon berbuai tenang. Angin menghembus nyaman. Bunyi cengkerik mengisi gegendang telinga. Sesekali bunyi dentuman mercun ntah sapa main, mengetuk kesunyian malam itu.
Ku dongak ke langit…ku cari bulan. Takde. Yang ada hanya tiga, empat ketul bintang berkelip.
Papepun, langit tetap berseri. Aku senyum. Bangga dengan penciptaan-penciptaan Dia yang mengkagumkan.
Ku tutup mata…ku hayati irama malam. Tenang. Penuh kehidupan.

Hidup.
Hidup ni apa sebenarnya?
Dalam Quran, Surah Anfal..ayat 24, Allah berfirman

“Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah untuk Allah dan untuk rasul
apabila diserunya kamu kepada apa yang menghidupkan kamu,”

li ma yuhyiikum. Kepada apa yang menghidupkan kamu.
Atau ayat terbalik untuk senang fahamnya, apa yang kamu kena seru itu, merupakan sesuatu yang menghidupkan kamu, maka penuhilah (seruan itu) untuk Allah dan untuk rasul. Eh ke makin berbelit. Sekarang ni, tak nampak sapa yang seru, so tak kisahlah sapa yang seru kot eh, tapi jis-nya, kalau nak hidup, penuhi untuk Allah dan untuk rasul. So kiranya, kalau dalam seharian kita, kita hanya penuhi kehendak cikgu (untuk cikgu), atau penuhi tuntutan kerja bos (untuk bos), atau penuhi permintaan mak ayah(untuk mak ayah), atau kita penuhkan minyak kereta, 0.o, kita tak hidup pun. Woh, ini psiko dan sangat ekstreme! Jangan nak memandai la lia. Ok relaks. Kalau ayat Quran ni tak bagi you all rasa nak hidup (BOB), mari kita lihat sisi lain.  

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari pula, Rasulullah bersabda

“Perumpamaan orang yang ingat (zikir) pada Rabbnya 
dengan orang yang tidak ingat pada Rabbnya
adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati.”

Langit tetap berseri. Angin menghembus tenang. Mentari pun tersenyum. Eh dah siang ke? Err.
Aduhai, alangkah berbezanya jika dibanding orang yang hidup dengan orang yang mati. Jasad bernyawa dengan tidak bernyawa. Makhluk yang ada harapan untuk esok, dengan yang telah terputus harapan. Masih bernafas dengan yang dah tak boleh even bersin pun. Jauh. Jauh lagi kalau banding langit dengan bumi.

Maka apa lah nilai sebuah hidup, bahkan untuk sesaat cuma, jika ia tidak bernafaskan zikir pada Allah? Istighfar.
Apa lah nilai sebuah usia dan kehidupan dunia, kalau tak terpenuh dengan tuntutan untuk Allah dan untuk rasul? Istighfar.

Aku bermuhasabah. Berkira-kira. Dan kira-kira. Heh. Tetiba nak mengira malam-malam. Oh malam balik eh. Berenti merepek lia. Esok puasa lagi. Ok kat mana tadi. Aku kira-kira. Haaa. Aku dah masuk 24 tahun. Tapi benarkah aku telah “hidup” selama 24 tahun? Dan untuk berapa banyak tahun pun peruntukan yang aku ada, adakah aku bakal “hidup”? Sangat sangat something to ponder. Erti hidup pada memberi. Teringat tagline Ustaz Hasrizal punya blog. Sama dengan slogan (is this what they call it..huhu) Majalah Az-Zariyat masa kat JAD dulu. Aku tak boleh terima kematian yang sia-sia. Sia-sia means your life give nothing, and what’s worse your death lessen nothing to others. Aku sangat terkesan dengan tragedi MH17. Tapi aku tak kata, kematian mereka sia-sia tau. Astaghfirullah. Cuma aku muhasabah kalaulah aku yang mangsa MH17, modal apa aja yang aku bakal persembahkan untuk Allah bila aku dipertemukan denganNya nanti. Nangis. Kata cinta Allah. Tapi, nangis dan sangat me-nangis-kan. Allah. >.< Tapi aku juga tak takut mati pun. Siapa takut mati, orang ni da lama mati aku rasa. Why you choose to live if you’ve known that death is your destination, in the first place? Woho, lia koya. Tetiba. Orang beriman ni, kalau ditanya pasal mati. Sekarang juga dia nak mati. Kenapa? Dunia ini ibarat penjara. Penjara beb!

Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya”

Ali Imran, ayat 185. So kalau kau tak leh nak detach dengan dunia, kau terpedaya. Ini double psiko. Dunia memang ‘tools’ dan akan selama-lamanya ‘tools’ kot. Tools untuk apa lia? Untuk “hidup” ya kawan-kawan. Tools untuk penuhi kehidupan demi Allah. Bukan dah cerita ke kat atas. Ok jangan nak emo sangat lia. Satu contoh dunia (baca: tool) ialah perempuan. Tak boleh terima nya kalau perempuan yang ingin dikahwini menjadi satu matlamat kehidupan. Maka ramailah pejuang-pejuang islam yang masa bujangnya sangat tinggi semangatnya, tapi menempa “syahid” tak muncul-muncul bila dah nikah. Eh lia ni, sesuka hati je. Bukankah syahid itu hidup. Err. Ok lah tak nak emo kali kedua. Just nak remind diri sendiri. Diri sendiri, dengar ni diri sendiri, matlamat hidup kamu ialah untuk Allah. Penuhi semua yang menghidupkan untuk Allah. Hanya untuk Allah. Takbir! 0.o

Bunyi cengkerik masih memenuhi suasana hening malam itu. Krik krik krikkk… Bunyi takbir plak buat slow-slow je sebab ni dah pukul dua pagi.

Maka aku dapat konklusi. Kita ni, kalau nak “hidup”, perlu terus perbaharui kehidupan kita saban hari. Fahami definition kehidupan sebenar bagi orang-orang beriman. Fahami Quran. Go through sample orang beriman. Baca sirah. Kenapa aku kata sample? Sebab orang-orang ini telah membuktikan dan dibuktikan. Dengan? Dengan husnul khatimah mereka, syahidnya mereka, dan hasil perjuangan mereka. Apa hasil perjuangan mereka lia? Jawapannya ialah, keislaman kita. Allahuakbar. Maka, mari penuhi suruhan Allah, ikuti jalan Rasulullah dan terus terusan menguatkan kesabaran menghadapi kehidupan dengan zikrullah.

Dulu kak naqibah pernah pesan, melangkah lah dengan zikrullah. Hidup dengan doa. Kalau versi aku, aku suka bab-bab perang ni, so kalau versi aku, hidup ni peperangan, yang mana zikir-lah perisai kita, doa-lah senjata kita. Ya, doa. Lebih-lebih lagi di hujung Ramadhan ni. Oh, cakap pasal Ramadhan, aku nak endingkan post kalini dengan point pasal Ramadhan lah. Ok, sekian. Wasalam.


iya memang sedih...
sesungguhnya, 
jika kamu hamba Ramadhan
maka Ramadhan bakal berlalu
tapi jika kamu hambanya Allah
Allah itu tetap ada kekal menjagamu 
sampai bila bila... ='|
taqabbal Allah minna wa minkum

penulis menulis dengan gaya yang agak matang sbab dia dah matang ok. no doubt doubt. =) insyaAllah 

tsiqah billah husnuzhon billah, ikhlas lillah

ikhlas adalah sesuatu yang penting dalam beramal
ok mengejut dan sangat tetiba.
assalamualaikum.

baiklah mari sambung

ikhlas adalah sesuatu yang penting dalam beramal
jangan bandingkan kelemahan kita dengan kelebihan orang lain
pasti ada yang lemah, ada yang kuat.
iya, ada yang lebih lemah daripada kita
jangan pula bandingkan kelebihan kita dengan kekurangan orang lain
itu kesombongan

maka bersyukurlah atas apapun yang Allah berikan

orang yang ikhlas menerima apa adanya...mensyukuri...
dan tetap mengupayakan yang lebih baik. p/s: part ni saya suka =)

diriwayatkan daripada Sahl Abdullah At-tastari
"Dunia adalah  kebodohan dan kematian...kecuali ilmu.
Semua ilmu adalah hujah ke atas pemiliknya kecuali yang diamalkan.
Dan amal akan sia-sia kecuali keikhlasan."

diriwayatkan pula oleh Abu Hurairah
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kalian 
dari bentuk jasad dan rupa. 
Akan tetapi Allah melihat dari hati, niat dan keikhlasan."

Orang yang ikhlas selamat dari syaitan dan tipudayanya.
Orang yang ikhlas akan bahagia dunia dan akhirat.

p/s: ikhlas selamat dari syaitan itu kalau saya tak silap,
        ada nasr dlm Quran tapi saya tak ingat ayat berapa...haa sila buat homework yeyeh.

menghitung keikhlasan setiap detik saat dan ketika


Allahua'lam
Petikan ini syarahan dalam sebuah filem(eh ke drama ek.) yang saya rahsiakan tajuknya ibu.

wa astaghfirullah

Wednesday, September 17, 2014

wa basshiris sobirinn

post kedua tentang sabar minggu ini
heh.

assalamualaikum

ok jap
adeyh kena stop dulu.
nanti sambung kalau Allah izin
sbab memang ada kije yang lebih penting sekarang

Sabar tu cedap tak?
Hurm...sabar tu cantik =P




...







sabar ^^

wa basshiris sobirinnnnnn
2: 155

Sunday, September 14, 2014

meniti jalan ikhlas, harus sabar


kerana jalan ini,
jalan paling jelas mendapatkan syurga.
harus juga nilai korbannya seluruh jiwa.



bang! bunyi pistol kedengaran.
hah? apa tuuuu? creepy.

tak pernah aku rasa jiwa sesesak hari ini.
sarat marat.
kepala aku berfikir tak berenti. satu satu aku fikir.
sorang-sorang masuk dalam minda.
macamana dengan dia ni. macamana dengan dia ni pulak.
how. how. how.
semua punya hak.
hak semua harus ditunai.

bang! bunyi pistol lagi sekali.
kabut. serabut sungguh dunia luar sana.

sarat kepala.
masih terus mikir.
kasihan sama dunia.
kasihan sama umat.
kasihan sama adek-adek jiwa mahal buat umat.

bang!
ok tak ada masa lagi.
fikir, fikir juga.
tapi kena terus bekerja.

gerak kepala.
tangan mesti gerak juga. badan. kaki terus langkah juga.
jari jemari menaip juga. mata jangan leka. 

kerana jalan ini,
jalan paling jelas mendapatkan syurga.
harus juga nilai korbannya seluruh jiwa.