Tuesday, October 21, 2014

lagi lagi iman @.@




Dahuli pada suatu waktu, ada seorang pelajar Matri. Matri ape? Ntah saya copy paste cerita ni sbenarnya. Ok sambung. Ada seorang pelajat Matri tanya soalan kepada seorang Murabbi di Matri, 

"Apa punca seseorang pelajar itu malas belajar?"

Murabbi itu menjawab, 

"Itu masalah iman."

Pelajar itu pun diam. Berfikir sejenak. Kemudian dia tanya soalan yang kedua. 

"Apa pula punca seseorang itu suka mengumpat orang?"

Murabbi itu pun menjawap, 

"Itu masalah Iman."

Pelajar ini pun terdiam. Berfikir sejenak, sambil muka bercorak kehairanan. Lalu dia ajukan soalan yang ketiga.

"Apa pula punca seseorang itu selalu menghabiskan masa, sibuk dengan aktiviti yang tidak berfaedah dll?"

Murabbi itu tersenyum saja. Lalu dia bersuara, 

"Itu pun masalah iman."

Kali ni pelajar itu pun terdesak lantas bertanya,

"Kenapa semua masalah iman?"

Sambil tersenyum manis, murabbi itu pun berkata,

"Nta nampak tak Al-Quran terjemahan atas rak tuh?" 

(sambil jari menunjuk ke arah rak Al-Quran di belakang)

"Tolong ambilkan satu!"

Pelajar itu pun bangun pergi dapatkan Al-Quran terjemahan itu dan duduk semula di hadapan murabbi itu. 

"Baik. Cuba nta buka Surah Ibrahim ayat 1."

(Setelah selesai buka muka surat ayat itu) 

"Baik. Cuba nta baca. Sekali dengan terjemahannya."

Pelajar itu pun baca teks arab dan terjemahannya. 

"Alif Lam Ra, inilah kitab (Al-Quran) yang kami turunkan kepada kamu (wahai Muhammad), untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan-kegelapan kepada cahaya yang terang jelas dengan izin tuhan mereka ke jalan Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Terpuji."

Murabbi itu pun bersuara.

"Baik, cuba tengok apa yang Allah sebut tentang sembang-sembang kita ini."

Allah kata, Aku bagi Al-Quran ni kepada manusia untuk mengeluarkan mereka dari kegelapan-kegelapan, yaitu ditafsirkan sebagai segala masalah-masalah, kelemahan-kelemahan, ke'aiban-ke'aiban, kekotoran-kekotoran, kepada cahaya, yang ditafsirkan sebagai iman. Atau tafsiran yang lain disebut kesempurnaan-kesempurnaan dan kebaikan-kebaikan. "

"Jadi bila sebut Al-Quran, maka fungsinya yang terutama ialah untuk mengubah manusia daripada gelab kepada terang, daripada gelisah kepada ketenangan, daripada kotor kepada bersih, daripada buruk kepda baik, daripada negatif kepada positif."

"Berubah."

"Maka Al-Quran ialah aset pertama perubahan manusia."

"Jadi apabila kita guna Al-Quran sebagai proses Iman manusia, maka akan berlakulah perubahan daripada kegelapan kepada cahaya itu, atau daripada banyak masalah kepada kesempurnaan."

"Maka, kalau kita banyak masalah dalam hidup, banyak problem, seperti yang nta sebut tadi, malas study, suka mengumpat orang, buang masa, isi dengan aktiviti yang tak berfaedah, tiada pun perubahan ke arah 'cahaya', kebaikan atau kesempurnaan, bermakna jiwa kita tidak disapa oleh iman. Al-Quran tidak menjadi aset perubahan. Ia sekadar dibaca, dihafaz, dilagukan, dibuat hujah, dibalah itu ini. Tapi proses iman ke arah 'cahaya' melalui Al-Quran ini tidak berlaku."

"Sebab itu ana kata tadi, itu semua masalah iman."

Pelajar itu pun dengar sambil mengangguk-angguk. Khusyuk. 

"Baik."

"Bagaimana iman ini boleh mengubah kita jadi baik. Jadi sempurna. Macam mna?"

Tengok pelajar itu diam tanpa suara, murabbi itu pun terus..

"Iman ini fitrah setiap jiwa manusia. Setiap jiwa manusia sebenarnya dahagakan udara Iman. Iman yang menjadikan jiwa manusia itu 'bernafas' selesa, rasa puas, rasa tenang, rasa bahagia."

"Sempurna." 

"Apa itu Iman? Iman itu ialah perasaan kepada Allah."

"Rasa cinta, kasih, sayang, rasa berharap, bergantung, takut, dan lain-lain."

"Jadi bilamana perasaan-perasaan ini 'bernafas' hidup dalam jiwa, bergema setiap masa dan ketika, maka tindakan-tindakan kita, fokus hidup kita, kesibukkan kita, akan menjadi baik belaka. Kita akan jaga hak-hak Allah dan Allah akan pelihara hati dan perangai kita." 

"Kita tak suka mengumpat orang. Kita sayang semua manusia. Kita rasa mustahaknya ilmu, untuk kenal Allah. Maka kita pun sentiasa semangat nak belajar. Begitu juga masa kita rasa berharga, tak suka buang masa, kita akan sibuk dengan kerja-kerja yang Allah suka, dan lain-lain lagi kebaikan atau yang ayat 1 surah Ibrahim sebut 'cahaya' tadi, maka kebaikan atau cahaya ini akan melekat pada diri kita, bila adanya iman yang sejahtera." 

"Kita tak boleh sempurna kerana kita manusia. Tapi dengan adanya iman, kita sedang menuju ke arah kesempurnaan. Begitulah, Al-Quran menjawap soalan-soalan nta."

Tergamam pelajar itu mendengarnya. Puas jiwanya bila mendengar penjelasan yang sedemikian rupa.

Yang 'best'nya akhir sekali pelajar itu bertanya soalan kepada Murabbi itu,

"Cikgu dulu belajar bidang apa dalam deeniyah?"

Murabbi itu pun tersenyum lebar, lantas menangkis semula soalan itu, 

"Ana dulu degree dan master bidang ekonomi."