Monday, November 24, 2014

kenapa ek?

"Kenapa mama masukkan kita kat kelas-kelas ni ek ma?"

     "Sebab mama nak anak mama serba boleh. Dulu mama nak masuk, tapi atuk tak mampu."

"Kenapa nak serba boleh?"

     "..." Sebenarnya saya tak ingat mama jawab apa dah. ^^

Begitula serba serbi perbualan beberapa tahun dulu. Dalam sebuah kereta. Seorang mama sedang membawa anaknya ke kelas berenang. Malam nanti kelas tambahan subjek sekolah. Macam tu lah lebih kurang hari-hari. Ada lagi kelas lain, melukis, piano...etc etc

Kalau nak ikutkan. Saya sekarang ni pun, ada beberapa benda yang saya aim nak buat. Ntah mampu atau tidak. Nak belajar menunggang kuda sampai bole gallop dalam filem tu. Nak belajar bahasa arab supaya senang nak hafal Quran dan hadis. Nak masuk kelas tahfiz supaya before buat phD saya da sumbat 30 juzuk masuk dalam hati ni ha... Agak-agak mampu atau sempat tak? Ataukah, anak saya pula yang bakal saya kerah nanti...huhu

Allahua'lam.

Eh baru sedar, post kalini mengejut tanpa sebarang salam. Ok. Assalamualaikum. =) 

Dalam hidup ni, memang banyak yang manusia cita-cita dan impikan. Manusia ni ibarat hidup untuk memenuhi kehendak diri sendiri. Actually, benda tu memenatkan. Serius. Saya ada satu kisah.

Sorang pakcik ni sedang mendaki bukit bersama anaknya. Kemudian, anaknya berkata,

"Ayah boleh tak kita sewa keldai? Penat la naik bukit ni."

Si ayah menjawab, "Ok. Jom sewa."

Potong cerita kejap. Bila da sewa dua ekor keldai. Si ayah tak kasi anak menunggang keldai, tapi si ayah menyuruh anaknya mengangkut keldai itu di belakangnya. Mereka pun sama-sama mengangkut keldai. (Pelik kan? Si anak ni sami'na wa ato'na ngan ayah dia.) Si anak berbisik, 'Ni mesti nak tarbiyyah aku ni.' Hehe. Ok sambung. Lepas beberaoa checkpoint, si ayah mengajak anak itu menunggang keldai. Keldai yang tadi syok2 diangkut akhirnya ditunggang sampai ke puncak bukit oleh mereka berdua. Bila da sampai kat atas tu, si ayah pun ajak berbincang.

"Ok, kita mulakan majlis dengan ummul kitab al-fatihah."

     'Kan dah kata. Ada la tu ayah nak share ni.'  Eh si anak ni sebok je nak sangka-sangka.

Pastu ayah pun men-share.

"Mana lagi susah? Keladai tunggang kita, atau kita tunggang keldai?"

     "Ayah pun rasa kan? Mestilah susah bila keldai tunggang kita. Berat plak tu." Si anak luahkan rasa. Memang berat kottt. Dah la panjat bukit. Bukan jalan mendatar. Kemudian ayah sambung lagi,

"Begitula ibaratnya nafsu dan diri kita. Kita hidup atas muka bumi ini sedang dalam pendakian menuju syurga. Kalau kita ditunggangi nafsu, payah dan susah la jalannya. Kalau kita yang menunggang dan mengawal nafsu, mudah saja sampai ke syurga." Ayah pun senyum dengan senyuman paling manisss sekali.

Maka begitulah serba sedikit kaitan muqadimah dan cerita yang baru saya tulis atas ni. Kehendak memang banyak. Tak apa lah. Memang lumrah. Tapi jangan kehendak tu menunggangi hala tuju hidup kita. InsyaAllah.

***** INTERMISSION *****

"Kenapa awak datang ke negara ni?"

       "Saya nak belajar."

"Kenapa kena belajar?"

       "Sebab saya dapat biasiswa untuk ke sini. Ini amanah kerajaan. Duit rakyat jelata."

"Ooo...patutla awak rajin je belajar."

       krik.krik. "alhamdulillah..." rasa macam nak bangga la tuh. ceh.

"Jadinya, awak datang ke Jepun ni dengan tujuan untuk belajar la kan?"

       "insyaAllah"

"Erm....rasa-rasa kenapa Allah datangkan awak atas muka bumi ni ek?"

       "....."

"Allah bagi biasiswa kan? Allah bagi badan. Oksigen. Makanan. Rezeki. Segala kemudahan..."

       "......."  Terdiam. Fikir la tu...

**********

Saya merupakan orang yang tak suka bila tak dapat jawab soalan. Tak boleh. Kena jawab.
Kalau salah. Nak cari sampai jumpa yang betul. Ok berenti cerita pasal saya.

Kalau kamu pun tak suka bila tak dapat jawab soalan macam saya, mulakanlah berfikir. 
Kenapakah Allah datangkan kita di atas muka bumi ini. Siap full scholar lagi. Tak minta bayar balik.
Mesti ada tujuan. Adakah semata-mata suruh kita syukur dan cakap alhamdulillah je?


InsyaAllahua'lam.

Wasalam wa astaghfirullah. ---<->-@

Monday, November 10, 2014

detik takkan pernah berundur. berfikirlah dan buat keputusan.

berfikir lebih baik daripada beribadah tujuh puluh tahun
 ...
berfikir lebih baik daripada beribadah tujuh puluh tahun
...


detik takkan pernah berundur
minit dan jam juga takkan pernah gerak terundur
cuma minggu yang mengulang hari
pun bukannya hari yang lalu
hari baru dengan pagi yang baru
menjanjikan jawapan untuk semua persoalan yang menunggu...


it is therefore we ought to further generate thousands of questions inside our mind and assess the potential answers to them in order to...grow? nope. in order to nourish our iman =)

berfikir lebih baik daripada beribadah tujuh puluh tahun. HR Bukhari.
ada sanad menyatakan, ia berbunyi beda.
berfikir lebih baik daripada beribadah setahun.
sila cari di pautan yang berkenaan.

Apa yang mungkin ketika ini lebih penting ialah, jis isinya insyaAllahua'lam. Banyak dari petikan ayat Quran diakhiri dengan sapaan Allah buat mereka yang ada otak. Herp bukan otak. Aqal.  Buat ulul albab, iaitu mereka yang mempunyai aqal. Ingat tak Ahmad Albab? Haa bukan yang tu. Tu tak de kena mengena kat sini. Ok berbalik pada tema kita tadi. Berfikir. 

"Dan agar orang yang beraqal mengambil pelajaran" 14:52
"Tidak adakah antaramu orang yang pandai?" 11:78

Lapangkan dada. Luaskan kapasiti diri.

Ada satu ayat Allah yang satu ini. Berapa banyak satu dah. Ok. Ada satu ayat Allah ni. Saya cuba apply berfikir. Eh maksudnya lebih over extra fikir la. Ayat ni famous. Berbunyi begini, "InnaLlah ha laa yughoiyyiru maa bi qaumin, hatta yughoyyiruu maa bi anfusihim" Hermmm...the maksud is as follows :
 
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum,
sehingga (mereka) mengubah apa yang ada pada diri mereka. "
Ar-Ra'd 13:11

Selalu kita mengambil bahawa kita kena berubah, dek teguran ayat ini. Ya ya kita memang kena berubah. Iya, kita kena tabah. Iya Iya. Tahu. Tapi tak berubah pun. So salah ayat ni lah? Iya bukan, salah u all. Erk. Ok bukan nak ajak perang saraf atau konflik dalaman kat sini. Cuma masa saya deeply tadabbur ayat ini, tetiba saya dapat relate dengan satu equation ni. Equation sunnatullah yang ditemui pakcik Pascal tu. So called Pascal's Principles la sangat. Eh emo plak saya ni.

Haa..

In physics, Pascal's principle says that given a fluid in a totally enclosed system, a change in pressure at one point in the fluid is transmitted to all points in the fluid, as well as to the enclosing walls. Bla..bla bla... (Malas nak copy part yang tengah2 tu.) So, if the pressure is the same everywhere in an enclosed system but the areas you consider are different, won't we get different forces? Eh. Sejak bila you jadi we. Ok abaikan. 

Haa faham tak? Mestilah blurrrrr. Ok jom. 
Semula. Baca lagi sekali. 

In physics, Pascal's principle says that given a fluid in a totally enclosed system, a change in pressure at one point in the fluid is transmitted to all points in the fluid, as well as to the enclosing walls. Bla..bla bla... (Malas nak copy part yang tengah2 tu.) So, if the pressure is the same everywhere in an enclosed system but the areas you consider are different, won't we get different forces? Eh. Sejak bila you jadi we. Ok abaikan. 


Haha. Bagus. Kalau blurr lagi, sila lah ulang bacaan kamu itu. Kalau tak faham jugak. Maybe aqal kamu tengah refuse untuk berfikir kot~ Gotcha! =P Orait kat mana tadi? Haa kaitan tadabbur ayat 13:11 tu dengan Prinsip (yang dijumpai) Pak Pascal. Ok ok.

sesaja nak letak adek ni kat sini lagi. mood kritis berfikir.

Allah telah menetapkan bahawa Dia akan mengubah keadaan seseorang itu hanya apabila seseorang itu mengubah sesuatu yang ada pada dirinya. Saya ambil sesuatu dalam konteks ini, sebagai hati. Dan saya mahu mengajak semua berangan bahawa kapasiti hati jadi denominator A dalam formula pressure kat atas tu. Dan  keadaan yang Allah akan ubah (atau mungkin, impak yang kita akan rasa)  ialah  itu sendiri. Tetiba rasa malas nak sambung type. Agak-agak dah boleh dapat kot apa yang saya cuba sampaikan?

Ok takpe. Saya mahu bertanggungjawab terhadap apa yang saya telah ponder-kan pada kamu semua. Sekarang ni, P tu anggaplah sebagai sesuatu yang Allah datangkan pada kita dan ia langsung tidak boleh diubah. Telah ditaqdirkan. Full stop. Maka, kalaulah apa yang telah ditetapkan itu tidak boleh diubah, kita ada peluang mengubah kapasiti hati kita. Kita bisa melapangkan dada kita menerima seadanya dengan iman yang bahagia. Kan? Kalau P ialah fixed. Maka  dan A ialah berkadar songsang. Dalam bahase mudahnya, invertly proportianal orang kata. Maka hanya dengan membesarkan A itu,  pun jadi kecil. Impak daripada  P yang telah ditaqdirkan tidak lah seteruk yang sepatutnya. Haaa...camnilah sepatutnya orang beriman.  Sabar bila diuji.  Syukur bila diberi. Kapasiti hati terus menerus besar dengan jayanya. 

Saya nak bagi contoh la. Pernah dengar sahabaiah nama Sumayyah? Dia ni famous tahap apa kalau cakap tak pernah dengar jugak saya pun tak mampu buat apa kecuali mendoakan kebaikan kita semua. Sumayyah ni diseksa zaman awal dakwah Rasulullah dan menempa nama sebagai syahid(ah?) pertama dalam sejarah islam umat nabi Muhammad. MasyaAllah. Tahu tak macamana dia syahid? Sebab dia taknak mengaku kafir depan tuan dia. So, disebabkan keimanan tahap gaban kelapangan dada tahap gegabyte itu, dye "relax2" je disula dan syahid menuju syurga. Nampak tak kaitan ek? Kiranya kapasiti hati Sumayyah ni besar sangat sampai pembunuhan kejam tu dia mampu tempuh dengan "ok" sahaja. Bukan tak boleh dye mengambil rukhsah ketika ini demi menyelamatkan nyawa dia. Tapi, dia lebih rela dan lebih bahagia dengan syurga yang dia impikan. Haaaa hati Sumayyah inilah contoh nilai A yang besar. P buat Sumayyah sudah tentulah siksaan dan pembunuhan yang dihadapinya. Maka, apakah  yang Allah ubah atau beri pada dia? Sila jawab sendiri... Moga Allah beri petunjuk.

Pehh bunyi macam ideal sangat. Betul tak? 

Sejujurnya saya rasa begitu. Dan semestinya begitu. Huhu, hati manusia selalu berbolak balik dong. Nggak kan bisa seluruh masanya berada di tahap iman tertinggi. Nggak kan bisa, bisa punyai kapasitas seluasnya dalam setiap waktu. Ok balik ke Malaysia. Nah, di sini datangnya assumption taken when applying the found-by-Pascal's  principles. Ingat lagi tak? Assumption yang diambil ialah, pressure yang dibincangkan (dalam P=F/A) ialah pressure terhadap bendalir dalam satu sistem tertutup dimana tiada belon udara wujud dalam bendalir tersebut. Haha mesti semua orang da pening tahap apa. Berusaha beb! Berfikir! Saya ulang. Saya cuba ok. Prinsip pressure yang sedang kita bincangkan ialah pressure terhadap fluid dalam satu enclosed system. Maka kita mengaanggap dan mengambil kira bahawa langsung tiada air bubbles dalam sistem tersebut. Only by taking into account this assumption will then we can get the formula of P=F/A.

 Ok dah. Sepatutnya saya memang tak suka tulis panjang-panjang. Nanti orang malas baca. Dan walaupun mungkin bukan ada orang baca pun, saya takut nanti saya yang buang masa saya. 0.o Ha kan da merepek. Takpe selingan.

Kita masih kat sini kan kawan-kawan? Maka assumption (no air bubbles) tadi tu dapatlah saya relate-kan dengan keadaan ayat 13:11 kita tadi. Iaitu bahawa, hanya dengan tiadanya sebarang unsur kebergantungan pada benda lain sahajalah, baru boleh apply equation membesarkan kapasiti hati untuk mengubah keadaan yang kita bakal rasa. Kalau kita expect kuasa lain ada untuk jaga kita, maka kuasa lain tu lah bubbles yang akan merosakkan persamaan yang Allah telah tetapkan dalam ayat 13:11 ini. Indeed, Allah memang sangat baik kerana telah bagi kita hati. Supaya apa sahaja P yang mendatang, hanya jadi  kecil buat kita. Moga Allah lindung hati kita ini dan terus melimpahkan rahmat iman padanya. Amin

Sekian semoga bermanfaat.
Wasalam wa astaghfirullah.

Tapi persoalannya kat sini sekarang, bagaimana pula cara membesarkan hati wahai saudari??? 
Aha itu kita jumpa sesi lain...Allahua'lam^^