Monday, December 15, 2014

bintang di langit

Kalau sebut Nabi Yusuf, kita akan ingat ketampanannya yang sangat itu dahulu. Betul tak?

dan kalau up sikit,
mungkin kita akan recall kisah terbaik yang Allah pernah cerita
kisah terbaik alam semesta
kisah Yusuf dalam Surah Yusuf surah ke-12 dalam kalamNya

sebelum itu,
assalamualaikum wa rahmatullah buat semua
hingga ke saat ini dan akan datang
moga terus-terusan dalam lembayung rahmat Allah
moga terus-terusan dipandu dan diberi tunjuk
kuat menuju jalan mendekat kepada Dia

kerana tak lain tak bukan,
kehidupan ini cuma sebuah perjalanan
yang mulanya dari Allah dan destinasi tujuannya juga kepada Allah

maka kalau titik mula dan akhirnya ialah Allah
mengapakah adanya perjalanan ini?

"Mahasuci Allah yang menguasai (segala) kerajaan, Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya."
al-Mulk 67:1-2

iya.
kita dicampak kedunia untuk diuji amalnya.


life is like a piano. at first i learn it by rules, then i play it with my hearts...my feelings..

so that is why faqihu fiddeen (memahami Deen a.k.a. agama) is using hearts! eheh tetiba.

Yusuf.
Haa tadi kita di kisah Yusuf.
Semua orang kalau dibicarakan tentang Yusuf, kita akan rasa bahawa Yusuf dilimpahi nikmat yang teramat best sebab dia jejaka paling tampan. Betul? Seperti biasa, saya menanya saya juga akan menjawabnya. Iya, tampan itu suatu nikmat. Akan tetapi, tahukah kita ia juga satu musibah. Fitnah yang mendatang dari isterinya pembesar Mesir ketika itu adalah dikeranakan oleh hal ketampanannya Yusuf. Lalu Yusuf dimasukkan ke penjara.

Ataupun, ingat lagi masa kecilnya? Yusuf ini dicemburui oleh abang-abangnya kerana dia anak kesayangan bapanya Yakub. Kita sangka ia satu nikmat buat Yusuf, menjadi favourite boy dalam family. Akan tetapi, satu musibah buat Yusuf apabila dia ditinggalkan oleh abang-abangnya dalam sumur yang sangat kotor. Amat jelek dan merbahaya buat seorang kanak-kanak dibuang dalam perigi begitu sahaja tanpa pakaian. Maka ini adalah musibah.

Dihidangkan kisah ini, maka kita mempersoalkan "Apakah ini yang dikatakan kisah terbaik?"

Belajarlah.
Jangan jadi seperti golongan penentang satu ketika dahulu.
Apabila diceritakan kisah dari al-Quran, mereka mengatakan ia asatirul awwalin.. atau dongengan orang dahulu. Hello~~~ It isn't even valid at all nowadays. We're living in a Maleficent century. Huh? Ok. Itu lagi dongeng. Tapi better la daripada cerita asal si sleeping beauty tu. Ok patah balik.

Kisah Yusuf mengajar kita bahawa hidup ini memangnya sebuah sandiwara yang ada plot bahagia dan sadis silih berganti. Yang musibah disangka nikmat dan nikmat disangka musibah. Yang mana keduanya juga dapat digolongkan sebagai "ujian" seperti yang di-quote dari ayat 2 surah al-Mulk tadi.  Nikmat boleh jadi musibah. Musibah juga hakikatnya nikmat. Nikmat adalah ujian. Musibah adalah ujian. Haaaaaaaa @.@

Maka, melalui kisah Yusuf tadi, Allah menghamparkan kepada kita, supaya tetap dalam keimanan walau dalam apa jua keadaan, walau dalam apa jua jenis ujian. Walau dilimpahi kenikmatan, walau ditimpa masalah, tetaplah dalam keimanan. Persis Yusuf.

Sabar dan syukur.
Batas antara nikmat dan muusibah, sabar dan syukur itu bagi seorang mukmin hampir-hampir tidak ada. Tipis. Kerana itu bentuk iman semuanya. Itulah tanggapan yang sangat baik terhadap apa yang dikurniakan oleh Allah.

Sehingga ada yang mengatakan bahawa

"Syukur itu adalah sabar apabila ditimpa musibah berbentuk nikmat.
Dan sabar itu adalah syukur apabila dikurniakan nikmat berbentuk musibah."

Saya kira saya mahu berhenti sekarang... Moga kita juga bisa menjadi hero kehidupan persis Yusuf.
 
"moga dihujung nanti
manisnya kita rasai
hikmah tersembunyi dari sakit diuji..."

wasalam walhamdulillah wa astaghfirullah 

p/s : bintang yang saya maksudkan ialah...bintang kehidupan
       ceritanya dalam ini. saya sangat suka. masyaAllah.