Monday, October 9, 2017

sebesar apa keinginan kita?


Bismillah ar Rahman ar Rahim

perasan tak...
sebenarnya dalam sebuah keluarga
akan pincang porak poranda, kalauuu..
ahli-ahlinya tidak punyai keinginan yang "sama"

ahli-ahli dalam sebuah keluarga
haruslah terdiri daripada mereka yang sama wavelength dan frequency keinginannya

harini nak bincang pasal keinginan...

sebesar apa keinginan kita...?

keinginan terbesar kita..

kalau Abu Darda', keinginannya terbesar ialah syurga, isterinya juga sama
kalau Abu Bakar juga begitu, masih diingat ketika Abu Bakar serah seluruh hartanya untuk agama, keluarganya setuju.... bayangkan kalau isteri dan anak-anaknya rebel? huhu
walau Abu Bakar mungkin x bagi banyak masa untuk keluarga...
sibuk hal daulah...busy syuro dakwah dengan Rasulullah, etc...
tapi semuanya baik sahaja....

sebab...?
semua ahli keluarganya menginginkan syurga...

kalau cita-cita kita nak syurga...
kita akan lihat semua benda peluang ke syurga...

Contohnya, seorang bisnesman
apa je perkara yang bole buat duit,...dia akan nampak peluang bisnes...

begitu juga perihal org yang keinginannya syurga

"Oh ini pahala banyakk...."
"Oh ini peluang besar ke syurga.."
"Oh ini amal pengampun dosa..."

nasihat orang, susun kerusi, senyum.., memuji kebaikan, mendoakan,
memaafkan dan melupakan keburukan orang
pasang signal (bila nak belok kereta..hihi)

tiada amal yang diremehkan...
pasti semuanya modal ke syurga...

Thursday, July 20, 2017

.. time is part of healing ..

"Wahai Rabbku,
kepada Engkaulah aku adukan kelemahan tenagaku
dan kekurangan daya upayaku pada pandangan manusia.
Wahai Rabbku yang Maha Rahim
Engkaulah Rabbnya orang-orang yang lemah
dan Engkaulah Rabbku
Kepada siapa Engkau menyerahkan diriku?
Kepada musuh yang akan menerkamku,
atau kepada keluarga yang Engkau berikan kepadanya urusanku,
tidak ada keberatan bagiku...asalkan Engkau tidak marah kepadaku.
Sedangan afiatMu lebih luas bagiku.
Aku berlindung dengan cahaya wajahMu yang mulia
yang menyinari langit dan menerangi segala yang gelap
dan atasNyalah teratur segala urusan dunia dan akhirat,
dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu
atau Engkau turun atasku azabMu.
Kepada Engkaulah aku adukan halku sehingga Engkau redha.
Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau."

Begitu syahdu doa Rasulullah saat terduduk lesu
selepas seruannya ditolak di Taif.
Terasa sekali peritnya apa yang Baginda lalui hingga begitu pengaduan baginda pada Allah.. T__T


Rasulullah sangat sangat baik
dan baginda sangat sangat mencintai umatNya
Sejurus mendengar doa baginda,
Allah menghantar malaikat pada Rasulullah
dan malaikat itu offer untuk mennghancurkan penduduk Taif yang menolak deen Allah
akan tetapi baginda subhanAllah...malah menjawab

"Biarkanlah mereka. Kalau sahaja mereka tidak menerima dakwah ini, aku berharap dari keturunan mereka nanti ada yang menyahutnya,"

Allahuakbar..
Kasih sayang tahap apakah ini.. T_T

Dan selepas pulang dari Taif
Baginda disambut berita gembira
Ada sekumpulan penduduk Madinah
datang berbaiah menerima islam sebagai deen mereka

sekelip mata..
persis janji Allah
"pertolongan Allah itu dekat"
ketika ujian terasa sangat besar,
ketika itulah berita gembira sedang mengintai (2:214)

Allahuakbar...(sekali lagi)
Lihatlah betapa unlimited nya sweetness Allah ini.. T_T

### INTERMISSION ###

stagnant is not a choice
but also, time is part of healing

Bismillah dan Hamdan liLlah
Atas namaNya ar Rahman ar Rahim al Latif al Hakim ar Razaq asy Syakur as Sabur
Dia selayaknya paling pantas dipuji dan dihargai
Kerana telah memberkati hidup kita
dengan bimbingan seorang Rasulullah yang sangat mengasihi kita

atas alasan syukur
kerana diberi kehidupan oleh Allah
hingga ke hari ini...
(note that : harini tarikh cantik dan harini ulangtahun kelahiran =)
saya pun mengarang satu post kat sini...huhuhu
harini tarikh cantik sampai pernah bercita-cita nak kawen tarikh ini
tapi takpe je,
Allah pasti menyimpan taqdir yang lebih cantik di masa lain ^^

Siapa sahaja kisah hidupnya
Takkan pernah lari dari fluctuations.. (3:140)
Kejap di atas kejap di bawah
Kejap gembira kejap sedih
Kejap diberi nikmat kejap ditarik kesenangan
Kejap jalan jadi mudah kejap laluan terasa payah

Kita akan pernah rasa ujian berat sampai tangisan kita terasa panjang (29:2)
Kita akan pernah rasa kegembiraan teramat sampai kita tak terbisa berhenti senyum

Kadang kita lalui dengan teman di sisi
Tapi selalu, kita hadapi itu sendiri
Kerana pada akhirnya, memang kita akan bersendiri di hadapan Allah

Untuk segala peluang dalam hidup yang Allah telah berikan
Saya ingin bersyukur dan memujiNya tanpa henti

Sesungguhnya...
Allah ajar, semua yang datang pada kita hakikatnya adalah ujian
Untuk Dia pilih siapa abid dan khalifah yang amalnya paling ihsan (67:2)
Allah juga ajar, kena terus terus terus mujahadah berjalan dengan kuat
Supaya Dia terus terus terus bagi petunjuk (29:69)

sebab itulah,
walau susah
walau penat
walau bersendiri

STAGNANT IS NOT A CHOICE

Macam Rasulullah..
tetap terus berbuat dan berharap dakwahnya sampai

Tapi...dalam perjalanan ini juga
ada masa kena berhenti sejenak
untuk muhasabah (59:18)
dan bagi laluan pada masa
untuk taqdir Allah memperbaiki keadaan

sebab itulah,


TIME IS PART OF HEALING
(al-waqtu juz'i minal ilaaj)

kerana semua perkara tentang hidup
akan indah pada waktunya...
seperti yang Allah da tetapkan di Luh Mahfuz (57:22)

macam Rasulullah..
Taif menolak..tapi rupanya Allah nak bagi daulah Madinah

Oklah...
kita takyah panjang sangat bicara hal-hal perasaan kalau ia tak membawa kemana

Moga Allah selalu meniup
semangat, jiwa dan ruh yang tinggi pada diri ini (15:29)
persis nama yang bapak dan mama dah bagi
Ruhliah --> Ruh 'Alyah =)

Moga Allah tetap
Jadikan diri kita semua hamba bersyukur
atas apa sahaja yang Dia datangkan
Kerana apa yang Dia datangkan
semuanya "kebaikan" (16:30)

Moga taqdir Allah yang cantik ini...
membawa kita masing-masing pada seseorang...
yang bila dengannya,
Allah dan syurgaNya terasa dekat...(30:21)
yang bila dengannya,
cinta pada ummat jadi lebih dalam...

Dan moga Allah pelihara
keikhlasan hati kita semua unntuk terus bersabar (15:40)
untuk terus redha (9:100)
untuk tetap tsabat mentakzimkan Dia (9:111)
sehingga Dia redha (9:100)
sehingga benar berpeluang melihat wajah Dia dalam keadaan tersenyum ^^ (92:20)

Doa selayaknya bukan untuk ditulis tatapan umum camni
Tapi...tak lain tak bukan,
doa-doa ini saya nak muhabasah untuk masa hadapan....




"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah, sehingga mereka mumbunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah,"
(Taubah 9:111)

"Dan kemudian dikatakan kepada orang yang bertaqwa, "Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?" Mereka menjawab, "Kebaikan". Bagi orang yang berbuat baik didunia ini mendapat balasan yang baik. Dan sesungguhnya negeri akhirat pasti lebih baik. Dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertaqwa,"
(An-Nahl 16:30)

"Dan di antara antara orang-orang mukmin itu, ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan di antara mereka ada yang gugur, dan di antara mereka pula ada yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak mengubah janji mereka, agar Allah memberi balasan kepada orang yang benar itu kerana kebenarannya,"
(Ahzab 33:23-24)

Allahummaj'alna minhum

Wasalam wa astaghfirullah...